Sejarah Sekolah.

Januari 1962

Asas penubuhan sekolah ini bermula dengan menumpang di bangunan Ma’,had Al-Ehya Assyarif, Gunung Semanggol. Terdapat sebuah kelas yang menampung 22 orang murid dengan seorang guru. Pada tahun 1964, seramai 25 orang pelajar sulung sekolah ini telah mengambil peperiksaan LCE, 23 orang telah mendapat keputusan yang cemerlang. Pada tahun

1965 akibat petambahan pelajar, sekolah ini berpindah dan menumpang di SRJK (Cina) Chong Wah, Simpang Empat. Pada tahun 1966, oleh kerana bilangan pelajar bertambah, sebahagian mereka menumpang di SK Sungai Kepar. .Pada tahun ini juga, sekolah ini di namakan Sekolah Menengah Sungai Kepar. Kerja-kerja pembinaan dijalankan atas sebidang tanah seluas 10 ekar di Jalan Gula.

1 Oktober 1967

Bangunan sekolah ini siap.dibina. Nama sekolah ini turut ditukar menjadi Sekolah Menengah Rendah Mudzaffar Shah, sempena nama DYYM Sultan Perak yang pertama. Pada tahun 1973 nama sekolah ini ditukar menjadi Sekolah Menengah Mudzaffar Shah kerana terdapat pelajar-pelajar sehingga tingkatan lima. Pada tahun 1974, kelas aliran sains dibuka bagi memudahkan pelajar-pelajar terus belajar tanpa berulang ke Taiping.

1984

Bangunan baru dibina lagi, bagi menampung pertambahan pelaiar. Bangunan ini dikenali sebagai bangunan Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak sempena lawatan beliau ke sekolah ini Kelas Tingkatan Enam dibuka pada tahun 1989. Pada 18 Ogos 1990 Yang Berhormat Tuh Muda Dato’ Dr. Abdullah Bin Che Wan hadir ke majlis penyampaian hadiah. Pada 22 September 1990 Yang Berhormat Dato Seri Anuar bin lbrahim, Menteri Pendidikan meyampaikan ceramah dalam Proiek Komuniti Pendidikan Anjuran PIBG sekolah. Pada 23 Julai 1996, Hari Anugerah Kecemarlangan Akademik dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia.

Balas..

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s